About Me
Eman
sekadar nota kaki dalam diari tebal hidup kamu
- Member since 19 Ogos 2006
- Malaysia
- Stay in touch with me. Join Now
- I was a Vox beta tester
Tidak pasti berapa ramai rakan sebenar yang dimiliki. Oleh itu sentiasa menganggap orang lain memiliki rakan yang lebih ramai. Sukar membuat keputusan yang baik, tetapi kadangkala keputusan yang semberono agak memuaskan. Tidak yakin dengan diri sendiri, tetapi sering terjebak dalam situasi yang menguatkan keyakinan.
Juga sukar bertutur secara terbuka. Lebih banyak mendiamkan diri dari berkata. Tetapi selalunya diam-diam yang tidak berisi; kosong. Lebih-lebih lagi bila bersama-sama rakan-rakan yang berbicara tentang bola sepak. Oh, bukan semua lelaki minat bola sepak, ya. Maka aku terpaksa mendiam diri di situasi seperti itu. Menganggap diri bersifat terbuka, tetapi lebih kepada terbuka dalam erti kata menerima, bukan terbuka dalam erti kata memberi.
Aku minat membaca, tetapi aku sukar mempercayai bahawa aku berjaya mencari masa untuk membaca dalam gaya hidup aku yang selalu membazirkan masa. Aku juga tidak membaca karya-karya agung, hanya sekadar novel-novel fiksyen daripada penulis-penulis yang aku yakin akan penulisannya sahaja. Cerewet dan memilih, itu aku.
Apa lagi yang patut aku coretkan? Mungkin sedikit sebanyak boleh dicungkil dari hasil penulisan blog aku ini. Tetapi tidak banyak, itu aku boleh beritahu.
Interests
Favorites
View Eman’s Posts, Photos, Audio, Videos, Books or Links.
Recent Comments
on just a mere infatuation (kot?)
good luck untuk apa saja peksa yang ang kena amek ^_^ read more
on drive well, sleep carefully
haha tu la. masalahnya bukan takat isi masa lapang, tapi dah terbuang masa lapang tu dok tekan refresh aje. kihkih read more
on just a mere infatuation (kot?)