23 posts tagged “catatan petang”
Aku baru terjaga dari tidur yang panjang sebentar tadi.
Bila aku duduk termenung panjang, salah satu perkara yang akan terjadi ialah aku akan bermuhasabah diri. Selalunya terfikir akan dosa-dosa yang telah aku lakukan. Dan majoritinya bukanlah dosa yang aku lakukan terhadap tuhan yang satu, tetapi dosa terhadap manusia di sekeliling aku.
Mengikut kata guru agama ketika aku muda-muda dulu, bila kita berbuat dosa dengan tuhan, kita boleh memohon maaf dengan bertaubat. Kalau diizinkan tuhan, dosa kita diampunkan. Tetapi lain pula halnya bila berdosa dengan manusia. Bila kita berdosa dengan manusia, meminta maaf dari tuhan tidak akan berkesan selagi kita tidak meminta maaf terhadap manusia yang telah kita lakukan dosa terhadapnya.
Dan bila di saat aku duduk diam berseorangan, aku akan mula mengira-ngira berapa ramai manusia yang aku masih berhutang pohon maaf pada mereka. Bak kata orang inggeris, 'owing someone an apology'. Ramai juga lah sebenarnya. Bukan seorang dua saja.
Kalau ikutkan ego, memang aku akan teruskan saja hidup begini tanpa melihat kembali ke belakang.
Kalau ikutkan takut masuk neraka, sah-sah sekarang jugak aku minta maaf pada semua orang.
Tapi persoalan yang bermain di kepala sekarang ialah...
tidak terlalu lambatkah untuk aku meminta maaf?
Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah pasti atau ada keputusan yang tetap bila mana aku berhadapan dengan masa lapang yang terlalu banyak.
Sure, I made up lots of plans - to do this, to do that - tapi eventually akan terkubur begitu saja.
Aku memang perancang yang berjaya, tetapi pelaku yang gagal, whatever that means.
Dan dalam masa yang terdekat, atau lebih tepat lagi, sekarang, aku menghadapi limpahan masa yang berguni-guni datang. Cuti semester sudah bermula! Aku masih belum ada perancangan kukuh lagi untuk mengisi masa lapang. Cadangnya aku ingin melancong domestik saja, tetapi tidak ada idea mahu ke mana.
Aku juga sudah memasang perisian permainan komputer sebanyak lebih dari 5 jenis - dan aku tidak pasti adakah aku mampu menghabiskan semuanya sekiranya aku bersikap prokrastinet terhadap segala perkara.
Cuma satu saja yang aku pasti akan buat tanpa semangat prokrastinasi, yakni...
menonton filem Transformers : ROTF bersama dengan seorang.. er.. kawan kiut? (diharap kenyataan ini tidak menimbulkan perasaan iri hati mahupun jeles di kalangan peminat-peminat sedunia)
Oke lah. Aku mahu menunggu hujan berhenti. Kalau bernasib baek mungkin akan cuba melangkah keluar dari rumah kecil ini untuk melihat dunia yang luas di luar sana. Bai!
Pagi ini cuaca cerah.
Bunga-bunga yang bermekaran di merata-rata; merah, putih, kuning, ungu; semuanya membisikkan kata selamat pagi dunia.
Pagi ini aku bangun dan menghirup udara segar sempena ulangtahun ke-23 aku menjejakkan kaki di dunia ini.
Lantas aku terfikir, andainya aku seekor rama-rama, tidak mungkin aku akan dapat menghirup udara sebanyak ini. Tetapi andainya aku seekor kekura, barangkali aku mampu menghirup udara lebih banyak berbanding manusia normal.
Inilah fitrah. Inilah lumrah.
Rama-rama itu cantik, tetapi kekalnya sementara.
Kekura? Mungkin tidak begitu menarik. Tetapi hayatnya jauh lebih panjang.
Kita sering terlupa akan kewujudan hikmah di sebalik setiap kejadian. Kadang-kadang kita terus menilai sesuatu dari cahaya yang menembusi optik kepala kita. Walhal bukannya kita tidak tahu, masih ada otak dan minda yang bergeliga, masih ada hati dan perasaan yang bergelumang, masih ada sistem saraf yang berurutan panjang bertukar ransangan; semuanya itu terlindung di sebalik pandangan zahir manusia.
Itulah dia kelemahan dan kekurangan manusia. Lantaran itu kekurangan ini dimanipulasi oleh manusia sendiri demi kepentingan peribadi. Dan ramai pula yang terpedaya. Ramai juga yang terjebak. Ada yang tersungkur jatuh. Ada yang berlutut hiba. Ada yang tertangis teresak pilu.
Namun aku masih beterima kasih kepada Tuhan.
Operator dari syarikat telefon tangan kerap menelefon masuk. Aku rimas. Bila panggilan itu masuk, butang rijek (reject) aku tekan selama yang mampu, dan aku lepas sebelum jari kebas. Ah, tahu lah kamu mahu aku bayar bil telefon bulan ini. Sabar lah. Aku tidak lari ke mana pun. Kalau aku terlambat bayar pun kamu tetap akan caj lebih, bukan? Terima kasih kerana mengingatkan. Kerja kamu sebagai operator panggilan tetap aku hormati. Bos kamu pasti memaksa kamu supaya bersabar bukan? Hah, bersabar lah. Cuba lagi hubungi aku esok.
Yet I'm happy with it.
Because I can always be a jerk to anyone, or anything, that I want to. I would say that it's some sort of revenge as a self-defense to inner ego.
Cheers to myself for being the good guy and the bad guy, simultaneously.
Anyway,
I'm actually in a very good mood at the moment.
Now who wants to go on a date with me? This ain't going dutch. I'm paying for everything.
For real.
Cuaca sejuk-sejuk begini, molekul dan zarah yang membentuk setiap inci tubuh badan aku tidak mahu bergerak aktif. Semuanya mahu duduk berapat-rapat, memeluk diri masing-masing sambil menyimpan tenaga haba dari terbebas.
...kerana ini kesah benar! Tolonglah percaya!
Sudah beberapa kali situasi ini terjadi, tetapi cuma aku yang menafikannya kerana aku tidak percaya mengapa dia melakukan perkara itu.
...
Selepas situasi dari entri ini, aku kini duduk di kolum meja sebelah kiri kelas, dan dia pula duduk di kolum tengah. Meja yang aku duduki adalah satu baris di belakang dia.
Jika kamu mampu membayangkan dengan tepat, lokasi aku amat sesuai untuk menoleh ke arahnya dengan mudah untuk meneliti raut wajahnya yang tenang itu. Kadang-kadang aku rasa bersemangat ke kelas itu hanya kerana dapat melihat si gadis manis itu. Serius, wajahnya bukan seperti wajah perempuan Korea tipikal. Matanya agak kuyu seperti mata watak perempuan di dalam komik-komik Jepun. Senang cerita, memang hati tenang lah kalau dapat tengok muka dia setiap kali ke kelas.
Cantik sangat pun tidak, comel sangat pun tidak. Bak kata orang Kelantan, 'sede molek ahh'.
Maka dalam masa beberapa minggu sejak aku masuk ke kelas itu, sudah banyak kali jugalah aku menoleh ke arahnya. Walaupun dari koordinat tempat duduk itu aku cuma nampak separuh saja dari mukanya, tapi itu sudah terlebih cukup. Kerana aku tidak boleh menoleh lebih-lebih, profesor yang bersyarah itu selalu berdiri tidak lebih 2 meter di depan aku dan selalu melihat ke arah aku (dalam kelas tadi dia siap bertanya soalan pada aku, memang ketar aku nak jawab!). Kantoi kang malu pulak! Oleh itu aku sorok-sorok lah menoleh, kan.
Tetapi ada satu saja perkara yang mengganggu fikiran aku setiap kali ke kelas itu.
Aku tidak percaya.
Betul ke apa yang aku perhatikan selama ini?
Alkisahnya, setiap kali aku ke kelas itu, aku akan tiba awal 5 minit. Selalunya rakan semeja aku, Izwan, pastinya belum muncul. Kalau bernasib baik, si gadis itu akan tiba lewat sedikit. Dan dia akan melangkah masuk menerusi pintu hadapan. Dapatlah curi-curi lihat muka dia tanpa terlalu obvious, bukan? Kalau tidak pun, dia sudah tiba awal sedikit dan aku tetap akan lihat wajahnya jika aku masuk menerusi pintu hadapan kelas.
Anyway, apa yang aku perhatikan ialah, setiap kali aku duduk menunggu kelas bermula, dan si gadis juga berada di tempatnya, pastinya si gadis itu akan berpaling ke sebelah kiri (ke arah aku) beberapa kali dan kemudiannya berpura-pura melihat ke belakang seperti mencari seseorang.
Kamu tahu apa kesimpulan yang aku simpulkan?
Aku 100% yakin...
gadis tu usha aku lah bro! Betul, tak tipu ni!
Akhirnya ada juga perempuan manis yang usha aku! Haha
I was
Waiting for you
I was
Standing around
I was
Getting older
I was
Going down
If you always get up late
You'll never be on time
If you always make it after work
Ba ba da da~ after work
Oh the day never comes
And I stand up
Waiting on
I saw you down there
I know you were tired
I saw you
You looked like a swimmer
Alright, alright
I wanna be with you
All of the time
Why can't you satisfy?
You look good
But you sound better
You were the best I had
If you always get up late
You'll never be on time
If you always get up late
You're never gonna be on time
And that's a shame
Cause I like you
I'll never see you.
Hari ini hari sukar bangun tidur. Sudah bangun tidur pun masih bermalas-malasan. Semuanya gara-gara hujan renyai dan cuaca yang mendung. Namun, di sudut hati aku, aku menobatkan hujan itu ciptaan Tuhan yang terindah. "The most beautiful creation", bak kata manusia berkulit putih.
Tapi hujan asid itu merbahaya.
Semuanya gara-gara manusia.
Paling seronok ketika di zaman kanakhud, bermain-main di kala hujan. Meredah lecak di padang permainan berhampiran rumah. Tidak pernah kisah jika dimarah akibat mengotorkan pakaian. Memori kanakhud yang indah.
Sudah lama juga tidak menjejakkan kaki ke padang permainan itu. Walau cuma beberapa tapak saja dari rumah, setiap kali aku pulang ke tanahair, aku memilih untuk keluar rumah hanya bila berkenderaan saja.
Rindu mahu bermain hujan.