53 posts tagged “catatan pagi”
Sepatutnya aku menolak turun entri sebelum ini yang kononnya sedih terlebih awal tetapi apakan daya aku masih belum ada apa-apa idea menarik untuk ditulis. Well in fact, aku sebenarnya tak memerlukan idea menarik sangat pun untuk menulis sesuatu, tetapi kadang-kadang bosan juga bila membaca penulisan yang tiada isi, bukan? Kalau guru Bahasa Melayu aku di MRSM dahulu membaca hasil penulisan aku di sini, sudah tentu dia kecewa. Ini sajakah kemampuan dan hasil dari anak muridnya yang satu masa dahulu sering menerima A1 dalam peperiksaan Bahasa Melayu?
Malam itu, dalam bulan Ramadhan 1421 Hijrah, kami berkumpul di padang terpanjang Bandar Baru Bangi. Aku, Dekwan, Yipong, dan beberapa lagi watak picisan yang lain bersedia dengan persiapan lengkap. Nun di surau Al-Ehsan, solat terawih baru saja tamat 2 rakaat, tetapi kami sudah jauh dari proksimiti perkarangan surau. Suasana tepi padang yang hampir gelap gelita diterangi dengan cahaya yang datang dari deretan rumah-rumah teres.
Kami telah bersedia. Walaupun masih tidak kelihatan kelibat pihak lawan yang berselindung di sebalik pokok-pokok di atas bukit seberang sana, kami tetap mengambil langkah berwaspada. Ini bukan calang-calang musuh. Ini musuh tradisi setiap tahun yang anehnya hanya muncul pada ketika bulan Ramadhan. Pada bulan-bulan lain mungkin kami sebenarnya rakan baek yang berpimpin bahu. Tetapi tidak pada bulan Ramadhan. Perang saudara sekampung (sebandar?) ini boleh lah disamakan dengan Liga Inggeris atau NBA, cuma kami bertarung dengan bahan api.
Senjata utama yang wajib ialah Thunder Clap, kerana letupannya padu dan mampu menggegar hening malam. Lebih-lebih lagi sasarannya agak persis berbanding mercun-mercun lain. Kalau yang miskin mungkin cuma mampu meledakkan mercun roket saja. Tetapi penerbangannya selalu bersepah. Silap haribulan mercun makan tuan. Bagi yang ekstrim atau hadkor (hardcore) pula selalunya akan menyalakan mercun ketupat, mercun bola, ataupun mercun padi double sized. Oleh kerana mercun-mercun ini tidak ada daya untuk melawan graviti, maka empunya mercun tersebut perlu melempar sendiri ke atas bukit. Sebab itulah dikatakan hadkor. Kalau mercun berjaya dilempar ke atas bukit tak apa juga. Ini kalau mercun jatuh ke kaki sendiri? Memang naya.
Tidak lama selepas kami menunggu di situ, pasukan kami menjadi lebih besar dengan kehadiran sepasukan lagi lelaki-lelaki remaja yang lebih tua sedikit, aku syak beza mereka cuma tiga, empat tahun saja dari aku tetapi entah mengapa mereka kelihatan terlalu matang. Atau mungkin aku terlalu muda ketika itu? Lantak lah. Yang penting, mereka di pihak kami.
Lebih kurang ketika imam di surau sedang mengangkat takbir untuk rakaat terawih ke-8, tiba-tiba percikan api terbang datang dari bukit di seberang padang. Mereka sudah mengatur langkah. Kami mula mengeces mancis di tangan. Kalau yang sofistiketed (sophisticated) sedikit akan menggunakan lighter, nampak macam otai sedikit lah kerana mereka mungkin perokok bawah umur. Sumbu mercun dinyalakan. Semomen (a moment) kemudian, tembakan berbalas tembakan dilepaskan. Berdas-das letupan memecah sunyi malam. Kami girang membalas tembakan. Ada yang melompat tak tentu hala bila mercun datang meluru ke arah mereka. Gelabah betul lah. Pernah sekali mercun pihak lawan landing di kaki aku, tetapi aku tidak mengelak. Mungkin kerana aku kul (cool), mungkin juga kerana aku tidak sempat mengelak kerana kaget. Hasilnya telinga menjadi bingit seketika. Ah, tak kira. Yang penting tiada kecederaan terjadi. Dan peperangan ini mesti dimenangi.
Dalam kekalutan malam yang dihiasi dengan percikan api dan letupan berdentam-dentum, tiba-tiba mata aku tertumpu kepada satu cahaya panjang yang menyeberangi langit padang. Cahaya itu menderu laju melepasi kami yang bertapak di sekitar padang dan di tepi parit yang menjadi sempadan antara padang dan kawasan perumahan. Mata aku mengekori cahaya itu, dan bagaikan gerak perlahan (slow motion) dalam filem, frame by frame, aku memerhati cahaya itu menuju ke satu kawasan merbahaya. Danger zone bak kata orang Inggeris. Hati aku berdebar-debar memerhati dan akhirnya...
"PRANGGGGG!!! KA-CHING KEBABO!!!"
Bunyi kaca berderai kedengaran diikuti dengan jeritan "WOI!!!" dari dalam rumah. Satu mercun Thunder Clap dari pihak lawan telah tersasar jauh dan meledakkan tingkap dapur rumah tersebut menjadi ribuan kepingan (pieces?).
Dalam keadaan getir itu, kami masih sempat berpandangan sesama sendiri (walaupun di dalam gelap) dalam tempoh yang singkat. Aku syak perkara itu terjadi dengan terlalu laju kerana hanya beberapa detik kemudian, kami sudahpun berlari bertempiaran di dalam gelap. Pekik lolong dari serata genap dan sudut kedengaran. "Lari woi lari!", jerit salah seorang dari kami. "Jangan pandang belakang!" (ini bukan tajuk filem), jerit seorang yang laen. Susuk-susuk gelap manusia yang berlari lintang-pukang di dalam gelap malam memang haru biru.
Akhirnya aku dan rakan-rakan sebaya berjaya menyelamatkan diri selepas berlari dengan pantas. tercungap-cungap jugalah. Dari corong radio surau kedengaran imam membaca niat solat witir. Tiba-tiba Dekwan bertanya, "eh, siapa menang perang malam ni?"
Aku dan dua orang rakan lain bertindak pantas menyiku kepala beliau serta-merta.
I heard people say that when you are experiencing free fall, like from jumping down a building or the elevator cable you are in get snapped in two, you will also experience some kind of slow-motion, like time almost stopped while you are still falling down.
Well of course, there are not many who survived to tell the tale. And maybe those who survived wouldn't be able to tell, though.
Apa-apa pun, sebenarnya minggu ini dirasakan terlalu perlahan untuk dilalui kerana pertama sekali, aku baru saja melangsaikan pembayaran untuk sebuah monitor LCD baru yang aku akan bawa pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian kelak. Oleh itu aku tidak sabar menanti produk itu tiba. Mind you, satu-satunya monitor yang pernah aku beli di Korea ialah monitor CRT, iaitu hampir 5 tahun lepas ketika aku baru tiba di Korea. Maka apa salahnya aku membuatkan sedikit 'investment' untuk teknologi terkini, bukan? Monitor yang aku sedang gunakan ketika ini pula hanya diperolehi secara percuma dari senior yang telah bergraduasi dan pulang ke Malaysia tidak lama dahulu.
Yang kedua, aku sedang menanti permainan video baru, Batman: Arkham Asylum yang akan terbit beberapa hari lagi. Tetapi untuk bermain permainan itu dengan kepuasan maksima, aku perlu melakukan satu perkara: membeli konsol Playstation 3. Kebetulan pula pada minggu pertama September nanti (beberapa hari lagi), versi baru PS3 iaitu PS3 Slim akan diterbitkan. Ah, penantian itu sebenarnya lebih dari satu penyeksaan. Dem son.
Anyway, selamat berpuasa kepada semua ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan termasuklah juga pembaca hantu blog ini yang mungkin tidak mencecah 10 orang pun. Maaflah aku sedikit sukar mencari momentum menulis pada tahun ini. Barangkali aku memerlukan kiub AllSpark. Atau mungkin menukar cahaya matahari kepada sumber Energon. Siapa tahu?
Ini hanya satu pemikiran ringkas di hening pagi.
Seandainya bila aku sudah pergi jauh dari muka bumi ini, dan ketika itu ramai manusia berpusu-pusu membuka blog ini untuk mencari kata-kata hikmah untuk mereka jadikan kuota (quote) di dalam buku-buku motivasi, aku mahu manusia-manusia itu, sebelum mereka mencari lebih jauh dan mendalam, untuk menerbitkan kuota genius yang berikut:
Membanting tulang dan membunting anak orang mungkin dua kata kerja yang berbeda tetapi beritma bunyinya. - Eman, 5:30 pagi, 16 Ogos 2009
Wajib! Tahu!?
Dua tiga menjak ini, aku kembali mempraktikkan kebolehan bertutur manis (sweet talk) yang aku rasa aku sudah miliki secara semulajadi semenjak azali lagi. Dan mengikut hasil eksperimen yang aku jalankan terhadap beberapa subjek, didapati respon adalah memberangsangkan dan berbaur positif.
Minggu lepas, dengan ketidakpuasan hati yang membuak-buak, aku telah menjalankan retaliasi terhadap filem Harry Potter keenam dengan mencapai novel ketujuh di rak buku dan membaca kembali dari kulit ke kulit dalam masa dua hari berturut-turut.
Hasilnya, hati aku kembali puas.
...
Kemudian, pada Jumaat lepas, 24 Julai 2009, aku telah berjaya mengecapi impian aku yang telah tertanam sejak pertama kali aku melihat iklan/poster berikut:
2. Praise Chorus
3. Let It Happen
4. Denver
5. Futures
6. Work
7. Crush
9. Blister
10. Electable
11. Hear You Me
12. Get It Faster
13. No Sensitivity
14. Pain
15. The Middle
16. Sweetness
2. Disloyal Order of Water Buffaloes
3. A Little Less Sixteen Candles, A Little More "Touch Me"
4. Sugar, We're Goin Down
5. This Ain’t A Scene, It’s An Arms Race
6. I Don’t Care
7. Headfirst Slide... <--- lagu peberet gwe!
8. Where Is Your Boy Tonight
9. She’s My Winona
10. Tiffany Blews
11. America's Suitehearts
12. Thnks Fr Th Mmrs
13. Dance, Dance
14. Saturday
2. Undone (The Sweater Song)
3. The Girl Got Hot <--- lagu baru
4. Hash Pipe
5. Troublemaker
6. My Name is Jonas
7. Say It Ain’t So
8. Perfect Situation <--- lagu paling 'high' malam tu
9. Can’t Stop Partying <--- lagu baru
10. The Good Life
11. Photograph
12. Song 2 <--- lagu cover yang 'high' jugak
13. Island in the Sun
14. I’m Your Daddy <--- lagu baru jugak
15. Beverly Hills
16. Pork and Beans
17. Keep Fishing medley <--- diselitkan dengan cover lagu berikut: Poker Face, I Kissed A Girl, dan apa lagi entah?
18. Buddy holly
Dua minggu lepas, aku telah berjaya membeli sebuah novel yang memang ada dalam wishlist aku iaitu
I cut my own finger open...
Aku baru saja menjalani dua hari cuti di hujung minggu yang cukup tenang dan reviving.