Kenapa entri aku yang di bawah ini berbaur macam seorang mata duitan?
Kalau berborak dengan sahabat baek dari kecil dan beliau bercerita tentang gaji pertama beliau kini yang bernilai sekitar RM 9000~10,000 untuk hanya tempoh dua minggu berkerja, macam mana aku boleh tidak teringinkan kerja yang serupa juga?
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Surah Ar-Rahman, ayat 34 (dan diulang beberapa kali)
Today's Sunday, and today I have this great feeling of joy knowing that this is actually how a Sunday should be (for me) after all this time. This is not an ordinary Sunday like all the Sundays I've had throughout the year. Because finally I have the time to actually sit with my guitar and play randomly for hours. Finally I have plenty of times that are not filled with worry about homeworks and some other stuffs. It's really one big relief, as if all the burden on my shoulders are gone, similar to that feeling you get when you finally able to drench your body into a hot tub after a long day of work. Except that I don't get wet for this.
Tempoh hari aku mengalami situasi yang agak sukar (dan mungin lucu juga jika dilihat dari sudut peribadi).
Sepatutnya aku menolak turun entri sebelum ini yang kononnya sedih terlebih awal tetapi apakan daya aku masih belum ada apa-apa idea menarik untuk ditulis. Well in fact, aku sebenarnya tak memerlukan idea menarik sangat pun untuk menulis sesuatu, tetapi kadang-kadang bosan juga bila membaca penulisan yang tiada isi, bukan? Kalau guru Bahasa Melayu aku di MRSM dahulu membaca hasil penulisan aku di sini, sudah tentu dia kecewa. Ini sajakah kemampuan dan hasil dari anak muridnya yang satu masa dahulu sering menerima A1 dalam peperiksaan Bahasa Melayu?
Satu perkara lucu yang aku sedari secara tidak sengaja semenjak aku meningkat dewasa ialah situasi di mana mengingati tajuk-tajuk lagu yang aku pernah dengari telah menjadi agak sukar, tidak kiralah sama ada dari kugiran yang sudah lama aku minati atau yang baru mahu berjinak dengan citarasa aku. Nampaknya neuron-neuron otak sudah mula menunjukkan kegagalannya untuk mengekalkan memori dengan cekap.