• Explore Vox
  • Culture
  • Entertainment
  • Life
  • Music
  • News & Politics
  • Technology
  • Join Vox
  • Take a Tour
  • Already a Member? Sign in
Eman
help me!
because i'm helpless.
  • Eman’s Blog
  • Profile
  • Neighbors
  • Photos
  • More 
    • Audio
    • Videos
    • Books
    • Links
    • Collections

8 posts from Oktober 2009

  • January
  • February
  • March
  • April
  • May
  • June
  • July
  • August
  • September
  • October
  • November
  • December

poor and hungry

  • Oct 22, 2009
  • 3 comments

Tempoh hari aku terbaca tagline 'poor and hungry' yang menjadi tajuk entri kali ini, walaupun aku sudah lupa dari mana, dan dengan sukacitanya aku ingin mengumumkan bahawa aku sedang mengalami dua fasa tersebut serentak pada saat ini.



Poor - ya, sedang miskin kerana duit dalam bank sudah berada di bawah paras yang dibenarkan untuk dibawa keluar dari mesin. Bayangkan jika mesin ATM di Malaysia tidak membenarkan duit kertas bernilai bawah RM 10 untuk dikeluarkan, maka dalam situasi aku sekarang, aku cuma memiliki RM 7 saja (bukan nilai sebenar).


Hungry - aku juga sedang kelaparan kerana sedang berkira-kira berapa banyak wang dari dompet yang aku boleh gunakan hari ini untuk belanja makan. Dan walau macam mana aku kira pun, aku tetap tidak akan memiliki baki yang cukup untuk belanja makan malam ini, (atau sebaliknya jika aku berjimat tidak makan tengah hari ini), dan langsung tidak mampu makan pada keesokan hari.


Macam mana ni?

3 comments Tags: catatan tengah hari, miskin dan lapar

"temui aku di ekuinoks..."

  • Oct 18, 2009
  • Post a comment
Death Cab for Cutie "Meet Me on the Equinox" (HD Directors Cut)

"...temui aku setengah jalan. ketika matahari tertenggek di puncak tertinggi di tengah hari."


Sebagai peminat paling besar Death Cab for Cutie adalah wajib untuk aku mengepos video rasmi untuk lagu terbaru mereka ini, walaupun dengan sukarelanya aku mahu katakan, skru Twilight/New Moon atau whatever lah nama francais itu. Kamu tidak boleh sekali-kali claim kamu peminat besar kugiran ini hanya kerana kamu meminati francais itu, nononono. That's a big NO. Argh tak boleh terima. Death Cab for Cutie dan Twilight? Sangat lah tidak patut digandingkan bersama. Para peminat francais itu dipersilakan naek marah terhadap penyataan ini tetapi aku tidak akan berganjak. 


Beratnya hati ini mahu berkongsi kugiran kegemaran bersama peminat filem 'chick flick'. THERE I SAID IT! Hahahah (terasa kurang siuman sebentar)


Anyway, enjoy the song. Rindunya Death Cab for Cutie semenjak album terakhir mereka, Narrow Stairs, muncul tahun lalu, yang pada pendapat peribadi aku kurang menyengat. I'd still prefer the album 'Transatlanticism' any day. 'Plans' juga bagus.

Verdik (verdict) tentang lagu ini: agak cemerlang dan layak dimainkan secara berterusan tanpa henti.
Post a comment Tags: death cab for cutie, single, muzik, catatan malam, meet me at the equinox

kuota hari ini

  • Oct 18, 2009
  • 2 comments

"It is easier to blame others than to look inward, to see what is different about someone than to find the things we share. But we should choose the right path, not just the easy path." 


President Obama, 2009.
2 comments Tags: kuota hari ini

hari mensyukuri ciptaan tuhan: episod 'binatang'

  • Oct 16, 2009
  • Post a comment
As weird as it seems, malam tadi aku kembali ke tabii lama iaitu melompat-lompat dari satu pautan ke pautan yang lain di Wikipedia dan membiarkan barisan tab di pelayan web Chrome ini penuh sepenuh-penuhnya dengan tab laman Wikipedia semata-mata.


Topik utama yang dibaca malam tadi ialah: binatang-binatang yang diisytiharkan pupus tetapi muncul kembali, bergelar Lazarus taxon. Dan kemudiannya aku melompat-lompat pautan ke cerita lain seperti binatang-binatang yang telah pupus, binatang yang di dalam jagaan rapi, seekor kura-kura terakhir dalam salasilah spesisnya (Lonesome George), dan pelbagai lagi lah.


Maka malam tadi aku telah disalut dengan semangat cintakan alam sekitar dan berazam untuk menjaga binatang-binatang di dunia ini dari pupus satu persatu. Bayangkan betapa terkilannya perasaan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun selepas dia mendapati bahawa dia tidak akan pernah berpeluang melihat burung 'Dodo' secara 'live' kerana burung itu telah pupus hanya beberapa ratus tahun yang lalu akibat kecuaian manusia sendiri (nota: berdasarkan perasaan sendiri ketika berumur 6 tahun).


Itu baru cerita pasal burung Dodo. Tak usah ceritalah betapa teringinnya kanak-kanak itu untuk melihat dinosaur. Teruja gila kot bila filem Jurassic Park diterbitkan. Macam sangat mengharap dinosaur-dinosaur itu hidup kembali. Tapi seram lah jugak bila terbayang seekor T-Rex datang pecahkan bumbung tandas ketika sedang berak. Mana nak lari, kan?


Anyway, ini satu pesanan ringkas buat semua mankind:

Peliharalah alam sekitar. Usah memburu dan membunuh binatang sesuka hati. Sayangilah binatang sebagaimana kita menyayangi manusia lain. Terima kasih.


(Di masa akan datang aku akan melompat-lompat pautan lagi untuk episod entri seterusnya.)
Post a comment Tags: environment, binatang, catatan pagi, alam sekitar, sayangi binatang, pupus

nafsu menulis memuncak ke klimaks pada hari ini

  • Oct 14, 2009
  • 5 comments

Sekadar dalam kes (just in case) ada sesiapa yang membuka blog ini dengan harapan ingin mengetahui sedikit sebanyak tentang aku, ini satu fakta tentang aku.



Aku penggemar kopi, hanya jika ianya datang dalam jenama Coffee Bean & Tea Leaf (Kacang Kopi dan Daun Teh) dan suhunya di bawah suhu bilik (ada ketulan ais lah senang cerita). Aku tidak gemar minuman panas (tidak terhad kepada kopi sahaja - malah milo, teh dan segala yang laen). Aku juga minat meminum susu berperisa kopi dalam kotak yang dijual di stor selesa (convenient store) seperti 7-11, tetapi di Malaysia seperti kurang atau hampir tiada situasi yang sama dengan di sini. Oleh itu aku memilih jenama yang lebih global.

Eh? Apa? Yahudi? Lantak lah. Untuk sekali ini, aku mahu katakan, walaupun sesuatu syarikat atau jenama itu mungkin berasal dari hasil usaha seorang Yahudi, tetapi cuba kamu fikirkan, adakah jenama itu terkenal kerana beliau itu seorang Yahudi? Tidak. Ianya terkenal kerana mereka bijak pandai dalam berniaga. Kamu nak boikot, itu pilihan masing-masing. Pilihan aku ialah mahu meminum kopi. 


...


Oleh kerana keinginan untuk menulis tiba-tiba datang, maka aku mahu selitkan beberapa naiktarikh terkini tentang keadaan aku sekarang.


Pertamanya, aku terlalu sibuk. Hinggakan pada satu masa aku rasakan tidak cukup tangan untuk menjalankan semua kerja yang diamanahkan. Teruknya situasi ini!


Kedua, jika kamu menghantar mesej di Y! Messenger dan tiada balasan, mungkin ketika itu aku sedang berada di depan komputer tetapi skrin monitor ditukar ke saluran HDMI untuk bermain PS3. Atau mungkin juga aku sedang membelek buku-buku yang sudah lama tidak disentuh. Dan sebelum kamu memberi komen, "ah, kata sibuk tapi ada masa bermaen game?", biarlah aku terangkan bahawa aku perlu sedikit ruang untuk bernafas.


...


Oke selesai dengan naiktarikh. Ini sesi bercerita pula.


Satu perkara yang amat sukar untuk dielak ialah perasaan mengantuk di dalam kelas jam 9 pagi walaupun malam sebelumnya sudah tidur terlebih masa, lebih-lebih lagi bila subjek yang dihadiri diajar sepenuhnya dalam bahasa Korea dan bertajuk, "Filosofi Agama dan Undang-Undang". Apa macam? Kamu berani cuba?


Cumanya dalam kebosanan aku menyengkang mata mendengar syarahan tidak henti dari pensyarah subjek itu pagi tadi, ada satu kuota yang aku ingin petik dari kata-kata beliau iaitu,


"Sesiapa yang tidak berpeluang mengenal tuhan, maka dia itu seorang yang tidak takut terhadap apa-apa pun."


Memang benar kata beliau. Aku bersetuju 100% tanpa sebarang dolak-dalik. Memang layak lah beliau menjadi pensyarah filosofi. Beliau ada menyentuh tentang keadaan orang Korea sendiri yang majoritinya langsung tidak mempercayai tuhan. Termasuk juga mereka yang di dalam sijil kelahiran atau apa-apa dokumen laen ada menulis nama agama yang dianuti tetapi tidak mengamalkan langsung ajaran agama tersebut.


Dan semakin dalam aku memikirkan tentang perkara itu, semakin aku sedar tentang diri aku sendiri yang selalunya gagal menepati kehendak agama. Solat pun tunggang langgang. Itu pun kalau solat lah. Kalau tertinggal tu.. err.. alamatnya anggota badan aku akan terpaksa menjawab kepada malaikat nanti. Sila salahkan empunya jasad yang sentiasa lalai.


...


Oke rasanya ini bahagian terakhir untuk entri kali ini.


Kadang-kadang aku rasa aku layak menjadi seorang ahli falsafah, barangkali seperti pensyarah yang aku sebutkan di atas. Kerana aku terlalu banyak berfikir tidak kira tempat dan masa. Dan salah satu perkara yang aku sering fikirkan ialah perempuan. Atau lebih manis dipanggil gadis. Whatever.


Aku rasa dalam entri-entri lepas yang aku taipkan, apabila aku bercerita tentang gadis idaman, sudah tentu setiap cerita pastinya berlainan ciri-ciri gadis yang aku idamkan. Contohnya seperti Gadis 1 ialah seorang yang peramah, baik budi pekerti, sopan santun, berakhlak mulia, et cetera. Beralih ke Gadis 2, seorang yang lasak, kuat bercerita/banyak cakap, berfesyen, gedik (?), dan sebagainya. Gadis 3 pula seorang yang kul (cool), tidak mudah melenting, juga tidak mudah untuk menggelakkan lawak bodoh yang aku lemparkan, malahan bersikap acuh tidak acuh saja terhadap dunia sekelilingnya.


Itu antara contoh 3 ciri gadis-gadis idaman yang pernah aku idamkan (dan mungkin masih idamkan, siapa tahu?). Ada beberapa lagi ciri tambahan yang aku tidak pernah taipkan sebelum ini, tetapi ciri-ciri tipikal lah seperti mana-mana lelaki normal laen mahukan seperti bertubuh jambu batu (buah pear, S-line, melengkung, etc), berdada besar (argh tipu lah mana-mana lelaki yang menafikan fakta ini), tinggi lampai (yang ini kadang-kadang aku harus cross out kerana, well, aku rendah kot?), slim-slim halus (tahap menggiurkan bila pakai skinny jeans), dan apa lagi ya? Banyak lah. Semua ini faktor tambahan yang kadang-kadang boleh berubah mengikut citarasa terkini. Ya lah, mungkin 10 tahun akan datang perempuan bertubuh jambu batu tidak lagi mendapat tempat di hati lelaki, kan?


But anyway, what i've been thinking for the whole evening ialah aku telah memutuskan bahawa semua faktor di atas adalah tidak lagi penting kerana aku sudah terfikir akan satu faktor utama:


Aku mahu gadis yang sangat suka membaca dan memiliki koleksi buku yang banyak. Sekurang-kurangnya bila aku berkahwin dengan dia nanti, aku juga akan berkahwin dengan koleksi buku-bukunya. Kerana aku rasa aku cuma akan selesa dan tenang ketika membaca, maka dengan koleksi buku yang banyak itu aku tidak perlu lagi gelisah akan kekurangan bahan bacaan. Bolehkah begini? Bukan apa, kerana bila dunia nyata terlalu membebani hidup seharian, aku perlu menenggelamkan diri ke dalam dunia laen, seperti dunia cereka di dalam novel, ataupun jalan penceritaan di dalam permainan video (sekarang kamu tahu sebab aku gemar bermain permainan komputer dan membeli konsol PS3). Apa yang paling aku gemari ialah apabila aku mula berada di dalam mud (mood) membaca, maka sukarlah untuk aku berganjak ke aktiviti laen dan aku sanggup menghabiskan berjam-jam meratah isi buku (provided that the book is a good read lah).


Er.. ada tak gadis yang memiliki perpustakaan mini di rumah?

...


Tiba-tiba aku ada isi tambahan.


Kadang-kadang dalam hidup ini, kita tidak mampu mengejar semua perkara.


Dan satu lagi, sementara kita masih di usia muda dan berupaya, bertahanlah. Endurance is key.


Nah. Sampai sini saja entri panjang yang actually worth 3-4 separate entries tapi telah dipadatkan ke dalam satu entri panjang. Hah, lega hati ini dapat menulis.


Dah. Aku mahu pergi membaca. Anything.

5 comments Tags: buku, perempuan, emosi, wanita, perasaan, gadis, dunia, filosofi …

lost and insecure (tanpa sebab atau motif atau halatuju)

  • Oct 7, 2009
  • 2 comments

Oleh kerana entri lepas aku ada mengatakan bahawa aku sedang menanti pesanan cakera Little Big Planet: GOTY Edition tiba, di entri ini pula aku ingin menyatakan bahawa cakera bluray itu sudah sampai di pintu rumah bersertakan osemness (awesomeness) yang tidak terhingga. Gembira tidak kepalang aku pagi tadi. PS3 tidak terpadam sejak pagi tadi (jam 11 pagi) hingga sekarang (jam 4 pagi) kerana asyik bermain permainan tersebut. Terlalu mengasyikkan dan adiktif. Aku syorkan kamu semua yang membaca entri ini harus cuba bermain LBP!



Anyway, aku juga baru menerima buku Photoshop Retouching yang aku baru saja tempah pada pagi buta semalam, sekitar jam 4 pagi dan buku itu telah tiba petang tadi. Terlalu pantas prosesnya. Walaupun cuma sempat membelek beberapa helaian muka surat, isinya kelihatan terlalu bagus dan aku akan cuba praktikkan apa yang terkandung di dalam buku ini dalam masa terdekat, kot. Tengok lah kalau-kalau aku tidak terlalu sibuk dengan LBP. Oh ya, buku ini ditulis dalam bahasa Korea. Nampaknya bahan bacaan berbahasa Korea yang aku benar-benar berminat untuk belek agak terhad jugalah.


Sekarang ini mata aku agak high gara-gara mengantuk yang teramat sangat. Diyakini juga susun atur bahasa sedang tunggang langgang, malah aku juga sedang terbayang-bayang huruf-huruf yang aku taipkan ini seperti terapung di ruang kosong putih kotak menaip ini, kemudian ia jatuh satu persatu, seperti daunan yang luruh dari dahan. Aku rasa aku terlalu ditakluki oleh 'fizik' dari dunia LBP. Permainan yang nampak ringkas dan mudah tetapi sebenarnya mencabar dan.. entahlah. Kamu kena cuba sendiri. Atau lihat di Youtube.


One of these days, aku berharap aku akan rajen untuk menulis kembali seperti normal. Tetapi seberapa normal? Itu yang kita tidak tahu. Konfrontasi minda menentang keinginan hati kadang-kadang terlalu meruncing hinggakan jasad tidak pasti patutkah beliau memihak kepada mana-mana atau berdiri di atas pagar. Tetapi jika di atas pagar, siapa pula mahu menentukan keputusan kerna hati dan minda tidak diambil kira?


Apekejadah. Baek aku masuk tidur.


...


One thing they said about the coming of Autumn is that your heart tends to grow fonder each and every day.

So what happens when Winter comes next?


Well, honestly, I don't want to know.

2 comments Tags: catatan malam

kematangan bukan pada usia semata-mata

  • Oct 5, 2009
  • Post a comment

For good or for worse...


aku sedang menanti penghantaran BD (blu-ray disc) game bertajuk "Little Big Planet: Game of the Year Edition" tiba di pintu rumah. Agak kagum juga dengan servis laman web Auction kerana aku baru saja meletakkan tempahan pada malam hari Sabtu, dan petang Ahad tadi aku menerima emel tentang proses tempahan yang menyatakan bahawa barang sudah dihantar. Ada juga orang bekerja pada hari Ahad, ya.

Oh ya terlupa pula.. mereka kan Korean. Bangsa yang tidak kenal erti penat lelah.


Anyway, dalam kegembiraan menanti barang tiba, aku juga sedang merisaukan tentang peperiksaan peringkat pertama subjek Fizik 2 pada hari Jumaat ini dan Kalkulus pada hari Sabtu. Runsing jugalah. Entah boleh dijawab atau tidak. Bahkan pula kedua subjek ini adalah subjek pembunuh yang wajib untuk dilepasi, sekurang-kurangnya lulus lah.  Tetapi pada kadar aku bergerak sekarang, sukar dipastikan sejauh mana aku mampu melepasi peperiksaan tahap pertama ini. Aku tidak mahu meletakkan harapan tinggi pada peperiksaan peringkat kedua dan ketiga kelak. Itu terlalu bertaruh (gamble), dan aku tidak berani.


Namun apa yang pasti, bila bungkusan game itu tiba kelak, mungkin esok mungkin lusa, pasti aku akan melupakan sementara kerisauan tentang peperiksaan ini, dan bakal menghabiskan berjam-jam menghadap skrin LCD 24" HDTV monitor ini. Adoi lah!

p.s: Sekiranya anda ingin tahu apa itu Little Big Planet, sila Google.
p.s.s: Little Big Planet adalah permainan eksklusif hanya untuk PS3 sahaja. Sila beli PS3 jika anda teringin untuk bermain.

Post a comment Tags: little big planet, catatan malam

ketika papan kekunci masih relevan

  • Oct 1, 2009
  • Post a comment

Kadang aku tidak mengerti mengapa gejet-gejet terkini bagai terkena sumpahan yang mana setiap gajet itu perlu ada elemen sentuh padanya barulah nampak moden. iTouch? uTouch? weTouch? Whatever.


Bagi aku elemen input yang normal seperti papan kekunci yang aku guna untuk menaip entri-entri di sini jauh lebih relevan dari menaip menerusi elemen sentuh pada skrin sebesar tapak tangan (lebih kurang) dan perlu ditaip satu persatu hurufnya pada kadar kelajuan siput mengengsot (berdasarkan kesah sebenar). Kadang-kadang dirasakan sudah cukup perlahan, tetapi kerana ruang menyentuh yang terlalu kecil akan menyebabkan typo yang tidak terbatas. Tekan H keluar G, tekan R keluar T. Whatever.


Tidak, ini bukan serangan terhadap fanboy-fanboy Apple (iTouch? iPhone?) dan seangkatan dengannya (henfon Haptic?). Ini satu kebenaran. Jika setiap gejet yang akan keluar di masa depan perlu ditempelak dengan elemen sentuh, alamatnya tidak akan ada lagi bebutang atau kekunci. Dunia akan kelihatan rata sahaja!


But anyway, what the heck. Aku akan terus menaip dengan papan kekunci.

Post a comment Tags: catatan malam
Eman

About Me

Eman
Malaysia
View my profile
sekadar nota kaki dalam diari tebal hidup kamu
Messaging:
Send email
Facebook:
795810246
Google Talk:
tma.eman
MySpace:
tma_eman
Other:
http://eman369.deviantart.com/
Other:
http://www.flickr.com/photos/emaneous
Other:
http://www.friendster.com/tuanaiman
Yahoo!:
aku_samurai

rantaian kejahatan

  • Love.Hate.Life.Angel
  • Diena Wong (amoi gedik)
  • ilieanor (harap2 tak perasan)
  • masen
  • Nanie MK (petsis gua ni)

Neighborhood

  • supernab!
    supernab! Updated: 3 hours ago
  • W♥M
    W♥M Updated: 7 hours ago
  • astrocoder
    astrocoder Updated: 3 days ago
  • shira
    shira Updated: 4 days ago
  • Syahme
    Syahme Updated: Dec 28, 2009

Explore friends, family, friends & family, or entire neighborhood.

View my neighbors

Tags

  • 5d
  • 5d classic
  • bosan
  • canon 5d
  • canon eos 5d
  • catatan malam
  • catatan pagi
  • catatan petang
  • dinner
  • emo
  • jiwang
  • korea
  • korea university
  • lagu
  • life
  • lirik
  • rawak
  • rock
  • seoul
  • summer

View my tags

Archives

  • January 2010 (2)
  • December 2009 (4)
  • November 2009 (8)
  • October 2009 (8)
  • September 2009 (2)
  • 2010 (2)
  • 2009 (89)
  • 2008 (176)
  • 2007 (22)
  • 2006 (17)
  • Powered by Vox
  • Theme designed by Jesse Gardner
  • Use this theme

Shoutboxxx

  • Home
  • Explore
  • Tour Vox
  • Start a Vox Blog
Already a member? Sign in

Back to top

View Vox in your language: English | Español | Français | 日本語

Brought to you by Six Apart, creators of Movable Type, Vox and TypePad.
Six Apart Services: Blogs | Free Blogs | Content Management | Advertising

Vox © 2003-2008 Six Apart, Ltd. All Rights Reserved.
Help | Learn More | Terms of Service | Privacy Policy | Copyright | Advertise | Get a Free Vox Blog

Loading…

Adding this item will make it viewable to everyone who has access to the group.

Adding this post, and any items in it, will make it viewable to everyone who has access to the group.

Create a link to a person
Search all of Vox
Your Neighborhood
People on Vox

(Select up to five users maximum)

Vox Login

You've been logged out, please sign in to Vox with your email and password to complete this action.

Email:
Password:
 
Embed a Widget
Widget Title: This is optional
Widget Code: Insert outside code here to share media, slideshows, etc. Get more info
OK Cancel

We allow most HTML/CSS, <object> and <embed> code

Processing...
Processing
Message
Confirm
Error
Remove this member