Aku baru terjaga dari tidur yang panjang sebentar tadi.
Minggu lepas, dengan ketidakpuasan hati yang membuak-buak, aku telah menjalankan retaliasi terhadap filem Harry Potter keenam dengan mencapai novel ketujuh di rak buku dan membaca kembali dari kulit ke kulit dalam masa dua hari berturut-turut.
Hasilnya, hati aku kembali puas.
...
Kemudian, pada Jumaat lepas, 24 Julai 2009, aku telah berjaya mengecapi impian aku yang telah tertanam sejak pertama kali aku melihat iklan/poster berikut:
2. Praise Chorus
3. Let It Happen
4. Denver
5. Futures
6. Work
7. Crush
9. Blister
10. Electable
11. Hear You Me
12. Get It Faster
13. No Sensitivity
14. Pain
15. The Middle
16. Sweetness
2. Disloyal Order of Water Buffaloes
3. A Little Less Sixteen Candles, A Little More "Touch Me"
4. Sugar, We're Goin Down
5. This Ain’t A Scene, It’s An Arms Race
6. I Don’t Care
7. Headfirst Slide... <--- lagu peberet gwe!
8. Where Is Your Boy Tonight
9. She’s My Winona
10. Tiffany Blews
11. America's Suitehearts
12. Thnks Fr Th Mmrs
13. Dance, Dance
14. Saturday
2. Undone (The Sweater Song)
3. The Girl Got Hot <--- lagu baru
4. Hash Pipe
5. Troublemaker
6. My Name is Jonas
7. Say It Ain’t So
8. Perfect Situation <--- lagu paling 'high' malam tu
9. Can’t Stop Partying <--- lagu baru
10. The Good Life
11. Photograph
12. Song 2 <--- lagu cover yang 'high' jugak
13. Island in the Sun
14. I’m Your Daddy <--- lagu baru jugak
15. Beverly Hills
16. Pork and Beans
17. Keep Fishing medley <--- diselitkan dengan cover lagu berikut: Poker Face, I Kissed A Girl, dan apa lagi entah?
18. Buddy holly
Bila aku duduk termenung panjang, salah satu perkara yang akan terjadi ialah aku akan bermuhasabah diri. Selalunya terfikir akan dosa-dosa yang telah aku lakukan. Dan majoritinya bukanlah dosa yang aku lakukan terhadap tuhan yang satu, tetapi dosa terhadap manusia di sekeliling aku.
Mengikut kata guru agama ketika aku muda-muda dulu, bila kita berbuat dosa dengan tuhan, kita boleh memohon maaf dengan bertaubat. Kalau diizinkan tuhan, dosa kita diampunkan. Tetapi lain pula halnya bila berdosa dengan manusia. Bila kita berdosa dengan manusia, meminta maaf dari tuhan tidak akan berkesan selagi kita tidak meminta maaf terhadap manusia yang telah kita lakukan dosa terhadapnya.
Dan bila di saat aku duduk diam berseorangan, aku akan mula mengira-ngira berapa ramai manusia yang aku masih berhutang pohon maaf pada mereka. Bak kata orang inggeris, 'owing someone an apology'. Ramai juga lah sebenarnya. Bukan seorang dua saja.
Kalau ikutkan ego, memang aku akan teruskan saja hidup begini tanpa melihat kembali ke belakang.
Kalau ikutkan takut masuk neraka, sah-sah sekarang jugak aku minta maaf pada semua orang.
Tapi persoalan yang bermain di kepala sekarang ialah...
tidak terlalu lambatkah untuk aku meminta maaf?
Hehe.
Tempoh hari mungkin aku dilanda blok penulis, kebelakangan ini aku rasa aku dilanda oleh blok fotografer pula.
Rasanya lah. Aku sendiri tidak begitu pasti. Kadang-kadang sebenarnya kaki ini yang malas melangkah jauh. Tapi duduk di rumah tidak terjadi apa juga. Oh ya, terlupa pula. Sebenarnya di rumah aku sering tenggelam di sebalik muka-muka helaian novel.
Ketika emak aku datang melawat tempoh hari juga, aku memberitahu terlalu banyak benda yang mahu dihantar pulang kelak. Kemudian emak bertanya, "Macam tak banyak barang je. Nak bawak balik apa? Buku-buku tu?"
Mungkin aku tersilap pandang tetapi perasaan aku mengatakan emak sedikit menggeleng kepala melihat koleksi bahan bacaan yang agak banyak (dan bersepah) di rak meja belajar aku ini. Himpunan koleksi majalah bulanan universiti percuma itu yang aku kutip setiap bulan, majalah Geografik Nasional yang kadang-kadang aku beli ketika singgah di kedai buku, majalah dan buku berkenaan kamera yang aku kumpul, dan.. novel tak usah cerita lah. Aku sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak menyusun buku-buku ini semua.
...
Anyway, siang tadi aku baru saja selesai menyelesaikan penyampaian kes stadi berkenaan SK-II. Ya, ini kelas bisnes. Perkara lucu (bagi aku lucu lah) tentang aku bila aku berdiri di hadapan kelas untuk menyampaikan kata-kata (dalam bahasa Inggeris, of kos) ialah eksen (accent) bahasa Inggeris aku secara otomatis akan berubah kepada eksen British. Entah bila entah aku belajar bertutur dalam eksen British. Barangkali kebolehan ini diwarisi dari nenek moyang aku yang aku yakin pandai bertutur bahasa Inggeris (berbanding anak-anak muda zaman kini) kerana ketika itu British datang menjajah.
Dan seperkara lagi, manusia-manusia tempatan di sini lebih terdedah kepada sebutan bahasa Inggeris Amerika. Maka, aku rasa mereka terpaksa mencuba bersungguh-sungguh untuk mendengar pertuturan aku tadi. Lantak mereka lah. Yang penting penyampaian aku dipuji oleh pensyarah. Kalau tak dapat A+ jugak tak tahu lah! (padahal kuiz jawab entah apa-apa)
...
Sekarang, aku sedang melakukan perkara wajib sebelum ke konsert -- menghafal lirik-lirik sebaik yang mampu. Yelah, nampak tak cool pula kalau cuba sing along tetapi tak tahu lirik, bukan?
Fall Out Boy, Jimmy Eat World, dan Weezer -- jumpa kamu semua hari Jumaat nanti! :D
Hari ini hujan lagi.
Aku baru pulang dari menonton Harry Potter dan Putera Berdarah Setengah. Secara jujurnya, aku agak kecewa dengan penyampaian filem keenam ini. Entah mengapa, walaupun aku bukanlah peminat paling besar, aku rasa filem ini gagal menyampaikan plot-plot yang kompleks seperti di dalam novel keenam. Memanglah sukar tetapi.. kamon lah. Mengapa buat filem jika gagal mengadaptasi?
Lebih banyak babak-babak penting atau menarik dari novel yang ditinggalkan keluar (left out) dari muvi kali ini berbanding muvi-muvi yang lepas. Ah, hampa hati ini untuk terus menaip.
Dah. Aku mahu membaca semula novel ketujuh buat kali keberapa entah. Dan bacaan ini akan diselitkan bersama harapan tinggi menggunung agar muvi ketujuh kelak bakal membawa kejutan dan menjadi muvi terbaek antara ketujuh-tujuh muvi dalam siri ini. Eh, lupa. Muvi ketujuh akan datang dalam dua siri. Patutkah aku kata kelapan-lapan?
Kamon lah. Buat sesuatu yang bermakna untuk para peminat.
Hari ini hujan turun hampir sehari suntuk, bermula sebelum tengah malam tadi, dan berhenti lebih kurang lewat senja tadi, sekitar 830 malam. Hujan yang turun hari ini bukan calang-calang hujan, kerana hujan hari ini turun dengan amat lebat. Aku anggar kalau aku tadahkan sebotol minuman 2 liter sejak semalam, mungkin botol itu sudah penuh sebaik saja hujan berhenti tadi.
The sky wore a veil of gold and green
At night it was the bright of the moon with me
Time is just floating away
Then there was rain
The sound foundations are crumbling
Through the ground comes a bit of a-tumbling
And time was just floating away
We can watch it and stay
And we can listen
Ya, sekiranya kamu membaca tajuk entri ini, pasti kamu sudah tahu blog mana yang aku maksudkan dengan jelas dan tepat.
Sebenarnya bukan aku tidak mahu terus menulis dan berkarya. Sebenarnya banyak isi-isi dan ceritera yang boleh aku coretkan di sini. Sebenarnya.. ya, sebenarnya aku suka menulis.
Tapi terkadang aku sering menerap kembali niat dan tujuan aku menulis. Ya, aku menulis bukan untuk menggembirakan hati sesiapa. Aku ingin menulis dengan niat untuk menggembirakan hati aku sendiri. Tetapi bila hati sudah ralit, niat pasti terpesong.
Kebanyakan dari tulisan aku di sini ditulis kerana di satu sudut di hati aku, aku menginginkan orang lain agar datang ke sini dan membaca coretan yang aku taipkan.
Tetapi seperti yang aku nyatakan pada perenggan sebelum ini, aku sebenarnya tidak mahu itu semua.
Kemudian konflik ini bertukar kepada ayat penyata yang menyatakan bahawa aku seorang yang gemar berpura-pura.
Dan kalau diimbas kembali memori dan kenangan silam, ya, memang banyak sekali situasi di mana aku berjaya menjadi seorang yang berpura-pura. Kadang-kadang berpura-pura itu bagus. Lagi-lagi bila seseorang itu cekap berpura-pura -- jika berdepan dengan manusia berpura-pura yang lain pastinya kepura-puraan mereka akan dapat dikesan dengan serta-merta.
Anyway, agak-agak aku dapat jawab tak kuiz untuk kelas bisnes esok hari?
----
Berikut adalah foto dari aktiviti melepak di hadapan Dewan Bandar Seoul tempoh hari: