night drive
Apa yang aku sering bayangkan bila malam menjelma ialah imej aku sedang duduk santai di ruang kerusi penumpang di dalam sebuah kereta, dan kereta itu sedang melalui sinaran lampu-lampu jalan berwarna-warni yang kelihatan bergerak laju, hinggakan sinarnya kelihatan kabur pada pandangan mata seorang kanak-kanak yang masih belum cukup umur untuk menjejak kaki ke sekolah rendah.
Ya, di memoriku; imej diriku yang sedang berbaring selesa di kerusi penumpang itu dan mataku meliar melihat gemerlapan cahaya di luar tingkap - kuning, jingga, ungu, biru - cahaya-cahaya yang membuatkan jiwa aku terasa girang. Inilah memori lebih dari 15 tahun dahulu.
Aku rindukan itu. Aku mahu selalu menjadi penumpang di dalam kereta, supaya aku boleh selalu merenung dan melihat lampu-lampu yang menghiasi perjalanan.
Tetapi untuk menjadi penumpang, aku perlukan seorang pemandu.
Kalau aku mahu pemandu perempuan, boleh?
---
(Mungkinkah ini entri comeback? Nantikan kebenarannya)
Comments
welcome back eman... (i've been missing in action due to this reason)... ey, when u come back i can be ur driver. hoho my in laws dekat je ngn ur house. plus i dah dapat lesen Professional.. hehe...
cool... i miss my vox.