Aku baru saja menjalani dua hari cuti di hujung minggu yang cukup tenang dan reviving.
Buat pertama kalinya sejak beberapa minggu berturut-turut (lebih dari sebulan), hujung minggu aku kali ini tidak diisi dengan apa-apa aktiviti. Secara automatiknya aku tenang, aku bebas.
Sudah tentu aktiviti pertama yang dilakukan ialah tidur lambat dan bangun lewat. Itu intipati penting dalam konsep hujung minggu malas. Kemudian bangun dari tidur, aku memikirkan apakah yang perlu aku lakukan untuk mengisi masa lapang yang tenang ini.
Aku menoleh ke arah rak koleksi CD yang sudah dihinggapi habuk. Aku teliti satu persatu. Akhirnya mata aku tertumpu kepada satu tajuk: Diablo II.
Diablo II - tajuk perisian permainan komputer yang aku beli bertahun-tahun dahulu. CD ori tau, bukan pasar malam. I grew up to this, bisik hati aku sambil menepis-nepis habuk yang berkeliaran di kotak CD.
Aku install perisian tersebut, 4 CD semuanya, termasuk set ekspansi Lord of Destruction. Aku tekad. Inilah aktiviti aku hujung minggu ini - cuba menghabiskan permainan ini sepantas mungkin.
---
Di hujung hari, aku berjaya menghabiskan 2 babak setengah daripada 5 babak permainan. Atau dalam erti kata lain, 1/2 daripada jalan ceritanya sudah aku selesaikan. Semua itu dalam tempoh kurang dari dua hari (campur tolak tidur yang panjang, makan hingga kenyang butar, sesi karoke sampai ke cerah, tidur petang terlajak dan lain-lain).
All these made me feel good; and I haven't felt this good for years.
Mungkin aku patut menyambung semula cita-cita aku sebagai seorang gamers satu hari nanti. Gah!
Aku mahu cuba habiskan semuanya sebelum minggu ini tamat!