cuti sekolah!
Sepanjang hidup aku, aku tidak pernah pasti atau ada keputusan yang tetap bila mana aku berhadapan dengan masa lapang yang terlalu banyak.
Sure, I made up lots of plans - to do this, to do that - tapi eventually akan terkubur begitu saja.
Aku memang perancang yang berjaya, tetapi pelaku yang gagal, whatever that means.
Dan dalam masa yang terdekat, atau lebih tepat lagi, sekarang, aku menghadapi limpahan masa yang berguni-guni datang. Cuti semester sudah bermula! Aku masih belum ada perancangan kukuh lagi untuk mengisi masa lapang. Cadangnya aku ingin melancong domestik saja, tetapi tidak ada idea mahu ke mana.
Aku juga sudah memasang perisian permainan komputer sebanyak lebih dari 5 jenis - dan aku tidak pasti adakah aku mampu menghabiskan semuanya sekiranya aku bersikap prokrastinet terhadap segala perkara.
Cuma satu saja yang aku pasti akan buat tanpa semangat prokrastinasi, yakni...
menonton filem Transformers : ROTF bersama dengan seorang.. er.. kawan kiut? (diharap kenyataan ini tidak menimbulkan perasaan iri hati mahupun jeles di kalangan peminat-peminat sedunia)
Oke lah. Aku mahu menunggu hujan berhenti. Kalau bernasib baek mungkin akan cuba melangkah keluar dari rumah kecil ini untuk melihat dunia yang luas di luar sana. Bai!