Dua minggu lepas, aku telah berjaya membeli sebuah novel yang memang ada dalam wishlist aku iaitu
Water for Elephants.
Dan aku telah memasang niat untuk membaca dan menikmati novel itu ketika cuti musim panas.
Selepas membeli novel itu, aku menyusunnya di rak librari terlampau kecil aku (dikatakan terlampau kecil kerana tidak melebihi 15 tajuk pun). Dan aku melihat dengan puas kerana berjaya membeli novel itu.
Hendak dijadikan cerita, nafsu membaca aku sedikit bergelodak kerana ingin tahu sedikit sebanyak isi kandungan novel itu. Maka aku capai dan selak prolog.
"Hmm.. not bad", bisik jiwaku.
Kemudian aku tiba di Bab Pertama. Jiwa gelisah - nak baca atau nak berhenti? Oke lah. Baca sikit je lepas tu berhenti, aku berjanji pada diriku sendiri. Lalu aku teruskan membaca.
...
Selang dua hari kemudian, aku kecewa, dan menyesal.
Fikiranku gelisah memikirkan...
macam mana aku mahu habiskan cuti musim panas dengan membaca novel ini kalau aku sudah membaca lebih dari empat per lima isi kandungannya dalam masa dua hari?
...
Ah! Sukarnya kalau membeli buku yang terlalu bagus!
Ini dia ya kawan-kawan. Aku rekemen bacaan ini untuk kamu semua. Go on, try it =)